Jenis babat Babat

Babat lembu

Babat daging dibuat dari dinding otot (lapisan mukosa dalaman dibuang) daripada tiga kebuk perut pertama lembu: rumen, retikulum, dan omasum. Babat abomasum kurang kerap dijumpai, kerana kandungan tisu kelenjarnya

Babat lembu rumen, kebuk perut 1. Babat kembang atau rata.
Babat lembu reticulum, kebuk perut 2. Babat sarang lebah.
Babat lembu omasum, kebuk perut 3. Babat buku.
Babat lembu abomasum, kebuk perut 4. Babat jerami.

Haiwan lain

Walaupun babat cenderung merujuk kepada perut lembu yang dimasak sebagai makanan, barang makanan yang serupa juga boleh dihasilkan dari mana-mana binatang dengan perut. Dalam sesetengah kes, nama-nama lain telah digunakan untuk 'babat' haiwan lain.

Babat yang dibasuh

babat, mentah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga355 kJ (85 kcal)
Karbohidrat0 g
- Gula0 g
  - Laktosa0 g
- Serabut diet0 g
Lemak3.69 g
- tepu1.291 g
- monotaktepu1.533 g
- politaktepu.180 g
Protein12.07 g
Air84.16 g
Vitamin A setara0 μg (0%)
Tiamina (vit. B1)0 mg (0%)
Riboflavin (vit. B2).064 mg (5%)
Niasin (vit. B3)0.881 mg (6%)
Asid pantotenik (B5)0.1 mg (2%)
Vitamin B6.014 mg (1%)
Folat (vit. B9)5 μg (1%)
Vitamin B121.39 μg (58%)
Vitamin C0 mg (0%)
Vitamin D0 μg (0%)
Vitamin E.09 mg (1%)
Vitamin K0 μg (0%)
Kalsium69 mg (7%)
Besi.59 mg (5%)
Magnesium13 mg (4%)
Mangan.085 mg (4%)
Fosforus64 mg (9%)
Kalium67 mg (1%)
Natrium97 mg (6%)
Zink1.42 mg (15%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Untuk membasuh babat, perut dibersihkan dan lemak dibuang.[4] Ia kemudian direbus dan diluntur, memberikan warna putih yang biasa seperti yang dilihat di gerai-gerai pasar dan di kedai-kedai daging.

Babat adalah hidangan popular, berkhasiat dan murah untuk kelas pekerja Inggeris dari zaman Victoria hingga separuh kedua abad ke-20.[5][6][7] Walaupun ia masih popular di banyak bahagian dunia pada hari ini, bilangan pemakan babat di UK telah merosot dengan cepat. Babat telah dianggap sebagai makanan haiwan peliharaan, kerana peningkatan kemakmuran Britain selepas perang telah mengurangkan daya tarik makanan yang pernah menjadi ruji itu.

Di Malaysia, Indonesia dan beberapa lagi negara Asia, babat masih lagi popular terutama apabila banyak lembu yang disembelih pada satu-satu acara seperti perkahwinan atau Hari Raya Korban. Menu-menu babat masih boleh ditemui di sesetengah tempat dengan yang paling popular ialah sate perut/sate babat.